Kali ini diriku rasa
terpanggil untuk
menjelaskan perihal satu
masalah yang dipandang
biasa oleh kebanyakan
remaja. Firasatku
mengatakan bahawa
semua remaja yang
sudah baligh, berakal
dan berpendidikan
begitu makruf dan
memahami situasi ini
lebih-lebih lagi jika
individu tersebut pernah
belajar tentang hukum
hakam dalam Islam,
pernah mengambil
subjek agama Islam dan
dan jika beliau memang
antara seseorang yang
mendalami ilmu Islam.
Yang sedihnya, golongan
yang memahami inilah
yang telah melakukan
perkara tersebut tanpa
segan silu dan tak tahu
malu dengan membuka
aurat di khalayak ramai.
Tidak kira remaja lelaki
ataupun wanita,
semuanya dikira sama
jika aurat mereka masih
tidak terjaga. Mungkin
mereka masih kabur lagi
dalam masalah sebegini
sehingga permasalahan
ini dipandang sebagai
perkara biasa.
Contohnya, berseluar
pendek, berbaju ketat
dan sebagainya.
Apa itu aurat?
Aurat adalah suatu
kehormatan diri bagi
seseorang, yang wajib
dijaga dan dipelihara
sepanjang masa. Walau
di dalam apa jua
keadaan, menjadi
kewajipan ke atas umat
Islam menutup aurat.
Definisi lain ialah sesuatu
yang tidak dibenarkan
wanita
mempersembahkannya di
hadapan lelaki ajnabi
ataupun sebaliknya.
Dalil-dalil berkenaan
penjagaan aurat :
Maksud ayat al-Quran,
Wahai anak Adam!
Pakailah pakaian kamu
yang indah dan berhias
pada tiap-tiap kali kamu
pergi tempat ibadat
( masjid ) dan makan
serta minumlah. Dan
jangan kamu melampaui
batas. Sesungguhnya
Allah tidak menyukai
orang yang melampaui
batas.
(al-A`raaf 7:31)
Rasulullah saw bersabda:
“ Aurat mukmin terhadap
mukmin yang lain adalah
haram. ”
(Hadith Riwayat
Aththahawi)
“ Jagalah auratmu kecuali
terhadap isterimu atau
budak(hamba) wanita
yang kamu miliki. Aku
bertanya, ‘Ya Rasulullah,
bagaimana kalau dia
sedang bersendirian?’
Nabi saw menjawab,
“ Allah lebih berhak
(patut) kamu berasa
malu. ”
(Hadith Riwayat Bukhari)
“ Jika seorang anak
wanita telah mencapai
usia baligh, tidak pantas
terlihat darinya selain
wajah dan kedua telapak
tangannya sampai
bahagian
pergelangannya.”
(Hadith Riwayat Imam
Abu Daud daripada
Qatadah)
Jadi berdasarkan dali-
dalil di atas menjadi
kewajipan ke atas kita
menjaga aurat,Maka
hukum di sini jika kita
membukanya adalah
haram dan ditegah
dalam agama. Kecuali
dalam keadaan-keadaan
tertentu contohnya
untuk perubatan. Orang-
orang yang suka
mendedah aurat mereka
pasti akan di azabkan
dengan azab yang pedih
di akhirat kelak
Batasan-batasan aurat :
A.Aurat di khalayak
awam
1. Aurat lelaki di
khalayak ramai ialah
antara pusat dan lutut.
Namun begitu dia
dilarang keluar rumah
seperti ke pejabat atau
pasar hanya dengan
menutup bahagian itu
kerana nilai adab turut
dihormati oleh Islam
dalam pembinaan syarak.
2. Aurat perempuan di
khalayak ramai ialah
seluruh tubuh badan,
kecuali muka dan dua
tapak tangan. Namun
jika wajah yang
dimilikinya sangat
cantik, sehinggakan
menimbul fitnah, wajib
ditutup wajahnya.
B.Aurat dengan ahli
keluarga
1. Bagi Lelaki, antara
pusat dan lutut
2. Bagi perempuan,
antara pusat dan lutut
C.Aurat sesama jantina
(dengan syarat tiada
fitnah)
1.Aurat Lelaki dengan
lelaki, antara pusat dan
lutut
2.Aurat perempuan
dengan perempuan,
antara pusat dan lutut
*Jika menimbulkan fitnah
wajib ditutup seluruh
tubuh badan.
D.Aurat ketika
berkhalwat di dalam bilik
(sunyi dari pandangan)
1.Aurat lelaki, antara
pusat dan lutut dan
setengah ulama
berpendapat hanya dua
kemaluan yang wajib
ditutup.
2. Aurat perempuan,
antara pusat dan lutut
Etika menutup aurat
1.Berpakaian mengikut
garisan syarak, yang
mana mesti menutup
aurat. Aurat bagi lelaki
ialah antara pusat
hingga ke lutut. Bagi
perempuan ialah seluruh
tubuh badannya, kecuali
muka dan kedua tangan
hingga ke
pergelangannya. Aurat
ini wajib ditutupi dari
pandangan penglihatan
manusia umum. Haram
diperlihat dan haram
melihatnya
2.Tidak menyerupai
dengan kaum yang
engkar kepada Allah.
Seperti pakaian ahli
gereja, ahli ibadat
agama lain atau pakaian
yang menjadi symbol
kepada ahli
kemungkaran, seperti
ahli muzik, pelacur dan
sebagainya.
3. Pakaian yang dipakai
mestilah menutup susuk
tubuh badan. Iaitu
pakaian yang longgar
dengan kesesuaian tubuh
badan. Pakaian yang
ketat atau sendat, tetap
haram sekalipun pada
zahir ia telah menutup
aurat. Ia adalah kerana
susuk tubuh badan
merupakan aurat yang
perlu dijaga.
4. Pakaian yang tidak
bercorak atau berwarna-
warni, yang ada daya
penggamit pandangan.
Hukum melihat aurat
Haram bagi seseorang
melihat kepada aurat
orang lain sekalipun
sesama jenis, seperti
melihat seorang lelaki
kepada aurat seorang
lelaki dan perempuan
melihat aurat
perempuan. Lebih berat
lagi jika memandang
kepada aurat yang
berlainan jenis seperti
seorang lelaki melihat
kepada aurat perempuan
dan sebaliknya. Apatah
lagi melihat kepada artis
perempuan masa kini
Dimaafkan jika terlihat
sekilas pandangan
sahaja, tanpa
memakukan pandangan
ke tempat haram
tersebut atau mengikuti
pandangan pertama
dengan pandangan
kedua
Namun jika melihat
kepada aurat sendiri ia
dimakruhkan, samada
seorang lelaki ataupun
perempuan. Makruh juga
membuka aurat di
tempat yang sunyi dari
pandangan manusia
seperti di dalam bilik
secara bersendirian.
Jika terpaksa, seperti
perubatan, harus bagi
seorang ahli perubatan
sesama jenis dengan
pesakit melihat kepada
aurat pesakit tersebut,
tanpa ada mahram yang
menemani. Seperti ahli
perubatan perempuan
melihat kepada aurat
pesakit perempuan dan
sebaliknya.
Jika ahli perubatan
berlainan jenis dengan
pesakit, seperti ahli
perubatan lelaki dan
pesakit perempuan,
diwajibkan ada bersama
mahram yang menemani
dan dengan syarat
tiadanya ahli perubatan
perempuan di sana.
Ketika ini, haruslah
melihat kepada aurat
pesakit tersebut.
Akhir sekali.
Telah menjadi kewajipan
kita semua untuk
menegah segala
kemungkaran mengikut
kemampuan kita masing-
masing. Dan kewajipan
ke atas kita juga untuk
bersama-sama
membendung gejala
negatif tersebut dari
tersebar lebih meluas
tanpa batasannya.
Semoga penulisan kali ini
dapat memberi manfaat
kepada semua yang
membacanya. Semoga
kita tergolong dalam
orang-orang yang
beriman dan orang-orang
yang tahu malu.
Wallahua`alam.
*sedikit sumber
maklumat di perolehi
dari jawapan panel
kemusykilan agama,
JAKIM yang
menceritakan perihal
aurat berdasarkan
pandangan mazhab
Syafie.
No comments:
Post a Comment