Wednesday, February 9, 2011

Aqal yang Panjang

" Aku kagum melihat aqal seseorang yang melebihi bicaranya"
kata-kata: al-Muhallab bin Abi Shafrah al-Azdiy.

bagaimana aqal kita???
adakah beraqal seseorang yang berotak itu???

Zaid bin Aslam RA mendefinisikan hikmah sebagai aqal. Ibnu Abbas R. 'Anhuma mentafsirkan sbg penghuraian al-Quran. Imam Malik pula berpandangan hikmah adalah tafakur pada perintah Allah S.W.T dan mengikutnya.

         Baik juga kalau kita ambil definisi Sheikh Idris al-Marbawi yang menyebut hukmah sebagai " Cakap yang berisi dalamnya, makna yang halus dan ilmu ynag memberi faedah" . ALLAH  S.W.T secara umumnya menyebut, hikmah hanya diberikan kepada orang tertentu dan beruntunglah  orang yang mendapatnya.

         Hikmah membuatkan bijaksana banyakberdiam diri. Prinsip mereka ialah, " Diam itu warisan sufi" . Hikmah juga membuatkan seseorang itu bercakap . Hadis dengan tuntasnya berbicara , "Barangsiap beriman  kepada Allah dan hari akhir, maka bercakap baiklah atau berdiam sahaja" 


         Al-Muhallab  begitu terpesona dengan seseorang yang memiliki aqal yang panjang. Bicaranya penuh berisi dan dinanti. Diamnya membutkan orang lain tidak berani panjang berbicara. Bicaranya mungkin pendek   tetapi isinya melebar dan memanjang.

          Benar seorang cendikiawan apabila ia menyebut, "Sebaik-baik kata-kata ialah sedikit namun memberi petunjuk"  Bahkan Rasulullah SAW diberikan kelebihan pendek bicara tetapi melaut maknanya.

           Apabila mereka ingin menggambarkan peribadi Basyar bin al-Harith al-Hafi, mereka berkata, "Baghdad tidak pernah melahirkan orang yang lebih sempurna aqalnya dan lebih terjaga lidahnya daripada Basyar" .


           Sesungguhnya nilai hikmah dan kebijaksanaan adalah amat penting dalam memartabatkan Islam ke mata dunia. Supaya dengan itu Islam tidak dipandang dina. Voltaire berkata, " Jika pemuka agama bodoh dan lemah pandangan , maka ia menyebabkan musuh semakin berani menghina. Bila pemuka agama jelek dan jahat, maka ia akan memberikan kegelisahan pada diri kita. Sedang jika ia memiliki ilmu dan pengalaman yang matang serta toleran , jauh dari khurafat, maka ia layak untuk kita cintai dan hormati"


        Lalu, sifat orang mukmin sebagai dinyatakan pujangga ialah.
                 " Orang bodoh menyangka mereka diam kerana mereka tidak pandai berbicara, walhal hikmah yang memaksa mereka berdiam. Dan orang bodoh menyangka mereka banyak bercakap kerana mereka itu tukang celoteh, walhal nasihat kerana Allah mendesak mereka agar berbicara" .

   menggunakan aqal yang dikurniakan sila fikirkan apa yang berlaku??    



Kata-kata terakhir: Orang yang paling bijaksana ialah yang memiliki aqal yang panjang dan lebih panjang berbanding bicaranya.    ini  digambarkan  melalui keluhan Sir Iqbal, " Seseorang itu, apabila mati ia dikenang. Namun aku tidak dikenali" .  Ini kerana pemikirannya terlalu tinggi sehingga sukar difahami orang yang sezaman dengannya.